Powerpoint presentation – About Sarawak

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 08 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu powerpoint presentation yang bertajuk “About Sarawak” kepada komuniti setempat. Powerpoint presentation ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seramai tiga orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga ke 35 tahun.

Tujuan powerpoint presentation ini dilakukan adalah untuk mengajar peserta menggunakan Microsoft Powerpoint dan membuat slide sekiranya mereka diarahkan untuk membuat pembentangan mengenai kerja atau tugasan mereka. Mereka diajar cara menghasilkan slide, menyimpan slide, mencetak slide dan penggunaan animations dan transitions dalam setiap slide jika perlu. Selain itu, peserta dilatih supaya yakin diri membuat pembentangan untuk lebih berkeyakinan.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari powerpoint presentation ini ialah peserta menjadi lebih kreatif dalam penghasilan slide mereka dan menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan teknologi yang ada untuk kegunaan semasa belajar atau bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali